|
Testimonial 1 |
|
|
|
Nama Pelajar: Marsya Iwani Syakirah & Marsya Iwani Syahirah
Nama Ibu Bapa: Maria Mohd Yatim & Mohd Izwan Wahab
Apabila kami memilih untuk menghantar anak kembar kami ke taska/tadika ketika usia mereka 3 1/2 tahun, logistik menjadi keutamaan kami selain daripada niat untuk mendedahkan anak kembar kami kepada suasana baru dengan lebih ramai kawan di luar sana.
Memilih ADDIN, nyata percaturan kami tidak sia sia. Terima kasih kepada guru-guru dan pengasuh di Tadika & Taska Addin yang nyata tidak kenal jemu melayan karenah anak kembar kami dalam waktu kritikal - 3 minggu pertama di Tadika & Taska Addin.
Dari "kosong" anak kembar kami sudah ada ramai kawan. Dari "kosong", anak kembar kami mula membaca ketika berusia 4 tahun. Dari "kosong" anak kembar kami sudah pandai mengira di usia 4 tahun. Dari 'kosong" anak kembar kami sudah mampu menghafal pelbagai doa di usia 4 tahun. Dari "kosong" anak kembar kami sudah mampu untuk bersolat di usia 5 tahun.
Jutaan terima kasih kami untuk Tadika & Taska Addin yang nyata banyak membantu membentuk anak kembar kami dari segi akademik dan sahsiah mereka dalam kesibukan karier kami.
Ikhlas,
Maria Mohd Yatim & Mohd Izwan Wahab
|
|
|
Testimonial 2 |
|
|
Nama pelajar : Syaza Liyana
Nama ibu / bapa : Azlina binti Masran & Said bin Paikoon
Kami telah mendaftarkan anak kami sejak berusia 4 tahun di Tadika & Taska Addin. Melihat perkembangan diri anak kami amat memberangsangkan dari segi sahsiah diri dan pencapaIan akademik.
Dari segi pergaulan rakan sebaya, anak kami menunjukkan kematangan, perasaan setia kawan, tolak ansur dan saling membantu wujud selama beliau belajar di Tadika Addin. Teras kerohanian yang dijadikan asas pendidikan di Tadika Addin membolehkan anak kami mempelajari dan sekali gus mempraktikkan supaya seiring dengan ilmu pendidikan duniawi.
Pelbagai aktiviti yang diatur menjadikan beliau tidak jemu dan terus berminat belajar di Tadika Addin. Dedikasi pihak pengurusan dan guru untuk mewujudkan 'Advance Class' membolehkan anak kami meningkatkan kemahiran pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan pencapaian beliau. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru di Tadika Addin dan ummi-ummi di Taska Addin atas segala ilmu dan asuhan
|
|
|
Testimonial 3 |
|
|
Nama pelajar : Muhamad Faiz Amsyar
Nama ibu / bapa : Zaini bin Ismail
Semasa anak saya berumur 5 tahun, saya telah menghantar anak saya bersekolah di tadika biasa. Ketika berada di tadika tersebut saya dapati pelajaran anak saya sangat lemah. Anak saya tidak boleh membaca, mengira dan menghafal surah-surah dengan baik.
Ketika umurnya 6 tahun, saya menghantar anak saya bersekolah di Tadika Addin. Tiga bulan pertama anak saya sudah boleh membaca, mengeja, mengira dan menghafal surah-surah dengan begitu baik sekali. Anak saya juga sangat bertanggungjawab menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan menyiapkannya dengan baik sekali, ini kerana sistem pembelajaran yang berkesan dari guru-guru di Tadika Addin. Saya sangat berpuashati terhadap sistem pembelajaran di Tadika Addin kerana memberi kecemerlangan kepada anak saya.
|
|
|
Testimonial 4 |
|
|
Nama Pelajar: Mariam Syafiqah
Nama Ibu Bapa: Kalsom Haron & Noresam Manap
Saya mula menghantar anak saya ke Taska Addin semasa dia berusia 2 bulan. Alhamdulillah Ummi-ummi di Taska Addin amat prihatin dan sangat penyayang kepada bayi saya. Saya melihat anak saya membesar dengan melalui perkembangan yang sihat di persekitaran Taska Addin. Kini, seawal usia 3 tahun anak saya telah tahu pelajaran asas seperti nombor, huruf & warna juga doa-doa harian hasil bimbingan ummi-ummi semua. Tahap pergaulan anak saya terhadap rakan sebayanya juga amat memuaskan. Dia amat pandai berdikari dan petah bercakap!
|
|
|
Testimonial 5 |
|
|
Nama pelajar : Haikal Irfan
Nama ibu / bapa : Norazah binti Zahir & Misnadi
Pada tahun pertama saya menghantar anak saya di Tadika Addin, saya mendapati perubahan yang baik dalam setiap matapelajaran terutama subjek matematik, sains dan bahasa Inggeris. Anak saya juga lancar membaca dan mudah memahami setiap tugasan dan pembelajaran yang diberikan oleh cikgu kerana cara pendekatan cikgu yang penyayang dan mengambil berat akan pelajarnya.
|
|
|
|